Arahan sudah jelas... tetapi memang sudah adat PBT (Pihak Berkuasa Tempatan) yang gemar berdolak-dalih untuk mencari kerja lebih. Maklumlah mereka
perasan yang mereka mempunyai kuasa dan selama inipun bukannya buat kerja tetapi hanya
makan gaji buta!
Bayangkan, pihak menteri telah arahkan beri lesen perniagaan secara mudah untuk membantu golongan perpendapatan rendah memandangkan krisis peningkatan taraf hidup sekarang, namun PBT masih mempunyai asalan bodoh! Itu menteri yang memberi arahan, kalau kita yang minta... pasti berkulat atau berkematu kaki turun naik tangga untuk mendapatkan lesen/permit niaga.
Sepatutnya
pegawai bangang macam ni harus dicampak ke hutan kerana tidak peka terhadap nasib rakyat yang berpendapatan rendah, peniaga dan penjaja. Bak kata pepatah, mereka ni ibarat
api dalam sekam yang hanya merosak dan tidak memperdulikan nasib bangsa sendiri!
Adalah amat
BODOH apabila masih mahu mengkaji, melihat kekosongan tempat dan pelbagai biokrasi gila yang diketengahkan apabila
arahan telah dikeluarkan! Kerana apa yang pasti, orang kuat PBT ini yang tidak segan silu 'buka mulut' memperbetulkan arahan pihak atasan pastinya tidak segan silu juga melanggar pelbagai arahan lain demi periuk nasi mereka sendiri!!
Mungkin apa yang berada di kepala mereka setakat ini hanyalah mahu
menindas,
menyaman dan merampas barangan penjaja, bukannya mahu membantu secara ikhlas. Bak kata pepatah...
HARAPKAN PAGAR, TAPI PAGAR MAKAN PADI... atau lebih jelasnya, harapkan PBT, tapi PBT sendiri yang menekan dan menganiaya penjaja!!
BACA BERITA SEBENAR KOMEN PBT YANG AMAT BODOH INI...KUALA LUMPUR:
Nampak mudah, namun memerlukan masa untuk dilaksanakan. Begitu diperjelaskan beberapa pihak berkuasa tempatan (PBT) mengenai
pemberian permit peniaga kecil kepada golongan berpendapatan rendah, termasuk kakitangan awam.
Rata-rata menjelaskan
tidak boleh mengeluarkan permit perniagaan secara mendadak tanpa menilai perkara itu secara menyeluruh termasuk melihat tapak perniagaan sesuai, kekosongan serta bentuk perniagaan dijalankan agar tidak mengganggu pihak lain.
Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Datuk Salleh Yusup, berkata pihaknya boleh mengeluarkan permit niaga kepada golongan itu, namun bukan secara serta-merta memandangkan pegawainya perlu melihat kekosongan tempat serta permintaan.
“
Arahan kerajaan beri lesen perniagaan ini memang kita patuhi, tetapi belum tahu lagi berapa banyak permit akan dikeluarkan kerana perlu melihat kawasan yang ada, kekosongan dan perniagaan yang dijalankan.
“Hanya selepas semua itu dibincangkan bersama pihak berkaitan baru ia dapat diputuskan. Namun, apa-apa saya akan pastikan pemberian permit perniagaan ini tidak sampai mengganggu prestasi kerja kakitangan awam seperti dimahukan kerajaan,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Salleh berkata, ruang niaga golongan berpendapatan rendah yang berminat masih ada memandangkan ketika ini DBKL menyelenggara kira-kira 90 pasar malam dan pasar dinihari yang diyakini mempunyai beberapa tapak masih kosong.
Untuk itu, katanya, mereka berminat boleh memohon selepas tawaran dibuka. Bagi peniaga sedia ada, tidak perlu risau perniagaan mereka terjejas kerana bukan semua kakitangan awan dan golongan berpendapatan rendah minat berniaga.
Sementara itu,
Datuk Bandar Petaling Jaya, Datuk Mohamad Roslan Sakiman, berkata
pemberian permit perniagaan kepada golongan terbabit tidak boleh dilakukan secara lambak kerana bimbang mengganggu proses sedia ada.
Katanya, ketika ini Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ
masih mengkaji kaedah dan mekanisme paling sesuai melaksanakan arahan itu, justeru tidak dapat memastikan bila golongan terbabit dapat menerima lesen perniagaan sekali gus memulakan bisnes mereka.
“Sebelum ini tapak perniagaan sedia ada sudah diberikan kepada mereka yang memohon dan layak, jadi apabila pengumuman ini dibuat semalam, kita tidak tahu sama ada masih ada lagi ruang atau tidak,” katanya.
Yang
Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Datuk Mohammad Yacob, berkata
tiada keistimewaan mahupun pengasingan dibuat pada permohonan, sebaliknya diadili mengikut proses biasa dengan mereka diberi permit berniaga sekiranya layak.
END
NOTA PPJ: Dah menjadi adat resam PBT yang suka mencari jalan susah berbanding jalan mudah. Mungkin dengan cara ini... mereka akan dilihat lebih rajin membuat kerja berbanding memudahkan pemberian lesen dan permit niaga pada penjaja... Bayangkan, apabila PBT tak sekolah ini memberi lesen niaga di tempat yang selalunya hanya dikunjungi 'jin bertendang'...?? Bolehlah peniaga kecil atau penjaja ini terus hidup?? Jawapannya... Tepuk dada tanya selera..!!
.
.