Khamis, 26 Jun 2008

Permohonan Datuk Bandar KL batal saman RM10j ditolak

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, semalam menolak dengan kos permohonan Datuk Bandar Kuala Lumpur untuk membatalkan saman RM10 juta yang difailkan dua pemilik sebuah butik.

Penolong Kanan Pendaftar Parvin Hameedah Natchiar membuat keputusan itu dalam kamarnya, semalam.

Pada 9 Julai 2007, Butik Cosry Wise (M) Sdn Bhd (plaintif) yang dimiliki Ariff Quasri Md Nor, 35, dan Putra Aziz, 32, memfailkan saman itu melalui peguam mereka, Adnan Seman dengan menamakan Datuk Bandar Kuala Lumpur sebagai defendan.

Dalam pernyataan tuntutan, mereka menuntut ganti rugi berjumlah RM10 juta iaitu RM5 juta ganti rugi teladan dan RM5 juta ganti rugi teruk selepas mendakwa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bertindak secara tidak adil ketika menyerbu dan merampas barangan di premisnya yang dikesan tidak mempunyai lesen perniagaan.

Plaintif mendakwa ada menerima notis penguatkuasaan bertarikh 15 Ogos 2006 yang ditandatangai Pegawai Perancang Bandar dan Desa DBKL berhubung kesalahan menukar bangunan kediaman kepada perdagangan butik.

Mereka menjawab notis itu melalui surat bertarikh 21 Ogos 2006 dan memohon untuk menukar status premis berkenaan, yang diserahkan kepada Timbalan Pengarah Bahagian Kebajikan, Jabatan Pengurusan Sumber Manusia DBKL.

Plaintif mendakwa pihaknya menghentikan operasi butik itu sebaik menerima notis berkenaan dan menunggu keputusan rayuan, bagaimanapun meneruskan operasi seperti biasa selepas tidak mendapat sebarang maklum balas dari DBKL.

Pada 28 Jun 2007, kira-kira jam 10.45 pagi, defendan didakwa menghantar sepasukan penguat kuasa bagi menjalankan operasi penguatkuasaan terhadap barangan di premis itu.

Sementara itu, Datuk Bandar Kuala Lumpur yang diwakili peguam Lee Yeok Choo dalam permohonan bagi membatalkan saman itu menegaskan, tindakan saman berkenaan tidak mendedahkan sebarang kuasa tindakan, remeh, mengaibkan dan adalah satu penyalahgunaan proses mahkamah.

Dalam pernyataan pembelaannya, defendan menyatakan tindakan penguatkuasaan diambil kerana plaintif terus menjalankan aktiviti perdagangan butiknya tanpa kelulusan mengikut Perintah Pembangunan bagi menukarkan kegunaan premisnya daripada kegunaan kediaman kepada perdagangan.


NOTA PJJ: Baru ada akal..!!

.

Rabu, 25 Jun 2008

PBT 'BODOH' YANG MASIH BERDOLAK DALIH

Arahan sudah jelas... tetapi memang sudah adat PBT (Pihak Berkuasa Tempatan) yang gemar berdolak-dalih untuk mencari kerja lebih. Maklumlah mereka perasan yang mereka mempunyai kuasa dan selama inipun bukannya buat kerja tetapi hanya makan gaji buta!

Bayangkan, pihak menteri telah arahkan beri lesen perniagaan secara mudah untuk membantu golongan perpendapatan rendah memandangkan krisis peningkatan taraf hidup sekarang, namun PBT masih mempunyai asalan bodoh! Itu menteri yang memberi arahan, kalau kita yang minta... pasti berkulat atau berkematu kaki turun naik tangga untuk mendapatkan lesen/permit niaga.

Sepatutnya pegawai bangang macam ni harus dicampak ke hutan kerana tidak peka terhadap nasib rakyat yang berpendapatan rendah, peniaga dan penjaja. Bak kata pepatah, mereka ni ibarat api dalam sekam yang hanya merosak dan tidak memperdulikan nasib bangsa sendiri!

Adalah amat BODOH apabila masih mahu mengkaji, melihat kekosongan tempat dan pelbagai biokrasi gila yang diketengahkan apabila arahan telah dikeluarkan! Kerana apa yang pasti, orang kuat PBT ini yang tidak segan silu 'buka mulut' memperbetulkan arahan pihak atasan pastinya tidak segan silu juga melanggar pelbagai arahan lain demi periuk nasi mereka sendiri!!

Mungkin apa yang berada di kepala mereka setakat ini hanyalah mahu menindas, menyaman dan merampas barangan penjaja, bukannya mahu membantu secara ikhlas. Bak kata pepatah... HARAPKAN PAGAR, TAPI PAGAR MAKAN PADI... atau lebih jelasnya, harapkan PBT, tapi PBT sendiri yang menekan dan menganiaya penjaja!!



BACA BERITA SEBENAR
KOMEN PBT YANG AMAT BODOH INI...



KUALA LUMPUR: Nampak mudah, namun memerlukan masa untuk dilaksanakan. Begitu diperjelaskan beberapa pihak berkuasa tempatan (PBT) mengenai pemberian permit peniaga kecil kepada golongan berpendapatan rendah, termasuk kakitangan awam.

Rata-rata menjelaskan tidak boleh mengeluarkan permit perniagaan secara mendadak tanpa menilai perkara itu secara menyeluruh termasuk melihat tapak perniagaan sesuai, kekosongan serta bentuk perniagaan dijalankan agar tidak mengganggu pihak lain.

Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Datuk Salleh Yusup, berkata pihaknya boleh mengeluarkan permit niaga kepada golongan itu, namun bukan secara serta-merta memandangkan pegawainya perlu melihat kekosongan tempat serta permintaan.

Arahan kerajaan beri lesen perniagaan ini memang kita patuhi, tetapi belum tahu lagi berapa banyak permit akan dikeluarkan kerana perlu melihat kawasan yang ada, kekosongan dan perniagaan yang dijalankan.

“Hanya selepas semua itu dibincangkan bersama pihak berkaitan baru ia dapat diputuskan. Namun, apa-apa saya akan pastikan pemberian permit perniagaan ini tidak sampai mengganggu prestasi kerja kakitangan awam seperti dimahukan kerajaan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Salleh berkata, ruang niaga golongan berpendapatan rendah yang berminat masih ada memandangkan ketika ini DBKL menyelenggara kira-kira 90 pasar malam dan pasar dinihari yang diyakini mempunyai beberapa tapak masih kosong.

Untuk itu, katanya, mereka berminat boleh memohon selepas tawaran dibuka. Bagi peniaga sedia ada, tidak perlu risau perniagaan mereka terjejas kerana bukan semua kakitangan awan dan golongan berpendapatan rendah minat berniaga.

Sementara itu, Datuk Bandar Petaling Jaya, Datuk Mohamad Roslan Sakiman, berkata pemberian permit perniagaan kepada golongan terbabit tidak boleh dilakukan secara lambak kerana bimbang mengganggu proses sedia ada.

Katanya, ketika ini Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ masih mengkaji kaedah dan mekanisme paling sesuai melaksanakan arahan itu, justeru tidak dapat memastikan bila golongan terbabit dapat menerima lesen perniagaan sekali gus memulakan bisnes mereka.

“Sebelum ini tapak perniagaan sedia ada sudah diberikan kepada mereka yang memohon dan layak, jadi apabila pengumuman ini dibuat semalam, kita tidak tahu sama ada masih ada lagi ruang atau tidak,” katanya.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Datuk Mohammad Yacob, berkata tiada keistimewaan mahupun pengasingan dibuat pada permohonan, sebaliknya diadili mengikut proses biasa dengan mereka diberi permit berniaga sekiranya layak.
END



NOTA PPJ: Dah menjadi adat resam PBT yang suka mencari jalan susah berbanding jalan mudah. Mungkin dengan cara ini... mereka akan dilihat lebih rajin membuat kerja berbanding memudahkan pemberian lesen dan permit niaga pada penjaja... Bayangkan, apabila PBT tak sekolah ini memberi lesen niaga di tempat yang selalunya hanya dikunjungi 'jin bertendang'...?? Bolehlah peniaga kecil atau penjaja ini terus hidup?? Jawapannya... Tepuk dada tanya selera..!!
.
.

Khamis, 5 Jun 2008

JOM HEBOH PINGGIRKAN PENJAJA??













Rasanya sudah hampir enam tahun saya mengikuti Jom Heboh yang dulunya dikenali sebagai Sure Heboh di seluruh negara. Sepanjang itu juga, pelbagai pengalaman yang saya lalui hingga menimbulkan tanda tanya apakah Jom Heboh hanya untuk 'orang berduit' semata-mata??

Ini kerana, tidak ada ruang perniagaan yang disediakan oleh pihak TV3 untuk penjaja kecil yang berpendapatan rendah. Kebanyakan ruang niaga atau tapak sewa yang ada hanyalah untuk mereka yang berduit kerana sewanya mencecah riburan ringgit hanya untuk dua atau tiga hari sahaja.

Jadi... bagaimana pula dengan nasib kami yang tidak mampu menyewa tapak perniagaan yang begitu tinggi harganya itu? Kenapa pihak TV3 tidak menyediakan tapak perniagaan ekonomi sekitar puluhan ringgit bagi membantu kami yang berpendapatan tidak seberapa ini?

Apakah dengan menjaja barangan seperti keropok, kueh mueh yang tidak seberapa atau air minuman yang kecil kami harus menyewa tapak yang berharga RM3,000?? Sedangkan kadangkala keuntungan kami juga tak seberapa sekadar cukup makan atau bak kata pepatah, kais pagi makan pagi...

Malah apabila kami mencuri-curi jual di luar kawasan Jom Heboh tanpa lesen (kawasan yang ada jauh), pihak berkuasa tempatan juga seolah-olah menjadi barua TV3 dengan menghalau kami bagaikan haiwan. Barangan kami juga adakalanya dirampas memperlihatkan betapa ketidakadilan masih diamalkan di negara ini tanpa mempedulikan nasib golongan penjaja seperti kami.

Bukankah elok jika pihak berkuasa tempatan itu menyediakan satu ruang niaga yang murah, ekonomi untuk golongan penjaja seperti kami mencari rezeki? Apakah mereka lebih suka menghalau, mengherdik dan merampas barangan penjaja tempatan daripada memberi peluang perniagaan pada kami yang hanya hidup melalui hasil jualan kecil-kecilan ini?

Jika sikap seperti ini berterusan, maka tidak hairanlah jika esok lebih ramai penjaja gulung tikar disebabkan penindasan bangsa sendiri. Oleh yang demikian, akan lebih ramai penjenayah lahir dalam masyarakat kerana mereka sukar berniaga dan tidak diberi peluang untuk berdikari dalam negara mereka sendiri.

Selalunya alasan yang diberi oleh pihak berkuasa tempatan ini ialah "kami hanya menjalankan tugas" atau "kami diarahkan oleh pihak atasan" untuk menghalau penjaja tanpa tapak perniagaan atau tanpa lesen. Dengan alasan itu, sudah berapa banyak barangan penjaja yang dirampas hingga modal mereka turut lesap sekaligus menjadikan mereka hilang punca pendapatan yang halal.

Jadi tidak hairanlah apabila lahirnya 'penjenayah-penjenayah' baru dalam masyarakat kita yang hilang pertimbangan diri apabila pintu rezeki mereka ditabur pasir. Dalam hal ini, siapakah yang harus dipersalahkan sedangkan pemimpin negara kita menggalakkan rakyatnya berniaga... tetapi terlepas pandang beberapa perkara yang penting dalam membangunkan pembangunan insan.

Berbalik pada Jom Heboh, seingat saya pada sekitar tahun 2002... penjaja jalanan masih berpeluang untuk berniaga apabila sistem sewaan dengan kadar sewa serendah RM50 disediakan di Ipoh Perak dan segelintir negeri lain. Ketika itu, penjaja dilihat dapat bernafas sedikit melalui hasil jualan dan pengunjung yang ramai.

Malah penjaja yang tidak menyewa atau menjaja dengan cara 'pacak' juga masih berpeluang menjaja barangan mereka dengan bebas.

Kemudian apabila tahun berganti tahun, kehadiran penjaja dianggap seperti duri dalam daging oleh pengurusan Jom Heboh apabila pelbagai sekatan dikenakan. Mereka kelihatan ghairah membuat keuntungan dengan hanya menyediakan tapak niaga untuk golongan mewah dengan kadar sewa ribuan ringgit.

Manakala bagi golongan seperti kami... kami hanya mampu menggigit jari apabila semua akses niaga disekat. Contoh paling ketara ialah Jom Heboh yang diadakan di Dangga Bay, Johor (pihak berkuasa tempatannya siap memakai teropong dan berjaga 24 jam bagi mengusir penjaja yang tak mampu menyewa)... Bukit Jalil, Kuala Lumpur (mereka siap menyediakan pejabat mudah-alih dan berjaga malam) dan segelintir negeri lain yang tidak prihatin terhadap nasib penjaja.

Tidak ada ruang sedikitpun yang mereka beri untuk penjaja jalanan yang kadangkala kerugian wang minyak dan toll apabila mereka datang dari jauh ke lokasi Jom Heboh dengan tujuan untuk berniaga. Apa yang mereka dapat ialah sekatan, halangan dan kadangkala dihalau bagai haiwan oleh pengawal keselamatan, pihak berkuasa tempatan atau orang yang diupah oleh segelintir pihak yang mahu mengaut keuntungan semata-mata.

Hasilnya, mereka berjaya menyekat penjaja jalanan daripada berniaga dan kami tidak dapat menyara keluarga pada hari itu. Sedangkan pada tahun 2007, pihak DBKL ada juga memberi kebenaran berniaga pada penjaja di Bukit Jalil walaupun kawasannya agak terbelakang di stadium hoki dengan jumlah pengunjung yang sedikit. Tapi kami rasa berterima kasih kerana diberi ruang... berbanding 2008 yang tiada ruang langsung!!

Bayangkan, syarikat korporat atau mereka yang berduit untuk menyewa tapak mampu mengaut keuntungan berlipat ganda melalui Jom Heboh. Sedangkan penjaja kecil-kecilan seperti kami tertindas dan bergelut untuk terus hidup disebabkan kami tidak larat mengeluarkan wang untuk menyewa tapak perniagaan yang cekik darah!

Oleh yang demikian, di mana hilangnya rasa simpati pihak terbabit terhadap nasib penjaja yang lahir daripada masyarakat berpendapatan rendah ini? Mungkinkah kami akan terus terbiar dan dianaktirikan oleh mereka yang kononnya memperjuangkan nasib si miskin dalam rancangan 'Bersama Mu' itu hingga kami terpaksa menjadi pengemis di negara sendiri?

Minta kami pada pihak berkuasa tempatan, pihak TV3, kerajaan dan lain-lainnya... pandang-pandanglah sedikit pada penjaja jalanan ini. Tidak rugi jika disediakan tapak perniagaan yang sewanya murah sedikit jika itu dapat membantu ekonomi rakyat yang bergantung pada perniagaan kecil-kecilan.

Jangan hanya mengejar keuntungan besar hingga kami menjadi insan yang terbiar dan sekaligus terpaksa memilih 'jenayah' untuk meneruskan hidup menyara keluarga. Bak kata pepatah 'beruk di hutan disusukan... anak di rumah mati kelaparan'. Fikir-fikirkanlah sebelum terlambat..!!!


















Yang berduit mampu menyewa tapak ribuan ringgit...


















Jom Heboh hanya milik korporat??





Nasib penjaja kecil... mereka selalu dianaktirikan..!!





Kenangan Jom Heboh 2005 di Bukit Jalil... ketika penjaja masih dibenarkan berniaga (bulatan)




Kenangan Jom Heboh 2005 di Bukit Jalil... ketika penjaja masih dibenarkan berniaga (bulatan)















Kini yang kaya bertambah kaya..!!














Jom Heboh dilihat makin kurang popularitinya apabila

jumlah pengunjung makin berkurangan... malah beberapa negeri lain enggan membenarkan Jom Heboh diadakan di negeri mereka... Mungkinkah ini satu balasan Allah terhadap sikap sombong TV3 pada penjaja kecil..???

Rabu, 4 Jun 2008

KISAH BENAR PENJAJA



PENGAKUAN SATU:




ROSLINDA (Bukan nama sebenar)
Janda anak dua yang menyara keluarga melalui hasil menjaja barangan harian dan permainan kanak-kanak.

"Nasib kami memang malang kerana selalu menjadi mangsa pihak berkuasa tempatan yang kadangkala merampas barangan kami. Saya pernah berniaga di Jom Heboh sebelum ini. Walaupun dapat keuntungan sedikit, namun saya puas hati.

"Namun sejak akhir-akhir ini Jom Heboh dilihat hanya memikirkan keuntungan dan enggan membenarkan penjaja berniaga walaupun jauh daripada kawasan mereka. Rasanya sudah hampir empat tahun saya sukar berniaga di Jom Heboh apabila dihalau seperti haiwan oleh pihak yang tidak berperikemanusian.

"Kini saya lebih selesa berniaga di pasar-pasar malam seluruh negara. Maklumlah, penjaja macam saya mana ada modal nak buka kedai perniagaan tetap kerana ia memerlukan modal yang besar. Kalau minta pada kerajaan seperti Tekun dan lain-lain, macam-macam syarat yang dikenakan hingga membuat saya putus asa...!"


PENGAKUAN DUA:



AHMAD KARIM (Bukan nama sebenar)
Penjaja yang berasal dari Kedah tetapi merantau ke Kuala Lumpur untuk mencari rezeki menyara isteri dan lima anak.

"Jom Heboh??? Sorry saya dah tak minat berniaga di situ. Apa sebabnya? Sebab saya rasa terhina apabila barangan saya kerap dirampas dan dihalau macam haiwan oleh pihak berkuasa tempatan, pengawal keselamatan dan orang-orang berkepentingan di TV3.

"Biarlah saya berniaga di masjid-masjid atau di pasar malam secara curi-curi. Di situ rezeki saya kira cukup makan walaupun ianya sedikit dengan hasil menjual makanan ringan seperti keropok dan lain-lain lagi.

"Memang saya ada niat untuk membesarkan perniagaan, namun banyak sangat biokrasi yang menjadi penghalang untuk saya berkembang. Ikhlasnya, saya lebih suka menjadi penjaja kerana hidup saya gembira walaupun tidak kaya seperti ahli korporat.

"Pesan saya, berilah peluang pada kami untuk mencari rezeki. Jangan anggap kami ini seperti sampah hanya semata-mata kami menjaja tanpa lesen. Berilah lesen jika ia baik untuk kemajuan penjaja-penjaja kecil... Usah asyik menindas sahaja..."