Khamis, 17 Julai 2008

Persatuan tiada kuasa

KUALA LUMPUR: Persatuan Penjaja dan Peniaga Pasar Datuk Keramat bukan tidak mahu layan desakan peniaga yang mahu tindakan diambil terhadap peniaga asing yang berniaga di kawasan pasar itu, tetapi tidak mempunyai kuasa mutlak untuk mengambil tindakan.

Setiausaha persatuan itu Yusof Mohd Dom berkata, pihaknya sudah mengadakan mesyuarat bersama-sama Datuk Bandar dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebulan yang lalu berhubung isu yang ditimbulkan peniaga.

“Kami sudah mengadakan mesyuarat bagi membincangkan masalah ini, malah menunggu tindakan susulan daripada pihak mereka,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Katanya, perpindahan ke lokasi baru bukan bertujuan membebankan peniaga tetapi sebagai satu langkah ‘pembersihan’ pasar terbabit yang kian dihuni warga asing.

“Perpindahan itu memberi keselesaan kepada peniaga dan pengunjung kerana bangunan pasar yang sedia ada sudah uzur serta layak dirobohkan,” katanya.


PJJ: Bayangkan Persatuan Penjaja dan Peniaga sendiri bangang dan tak tahu nak buat apa. Macamana mereka nak menjaga kebajikan ahli kalau asyik serah pada pihak berkuasa tempatan atau lain-lain yang sememangnya lembab dan penakut. Jika begini, lebih baik tidak mempunyai persatuan kerana persatuan yang ada sekarangpun asyik bermesyuarat memanjang dan makan hasil buta sahaja...

.